Sunday, October 2, 2016

Bintulu here we are

Today I'm writing from Bintulu. Datang sini dah semalam, then tido sini. Tengahari sampai, petang pegi Pesta Layang-layang tu. Last aku datang sini adalah pada 2 tahun lepas. Aku datang dengan Nabil, and I remember meeting Kamil here for the first time. Atau yang aku dah lekat panggil Dr@Doktor. Dulu kenal dia melalui Kak Jue. Masa dia buat phD kat Ausie. Bila dia dah habis phD, saja usik dengan panggilan Dr. Dia pun start panggil aku cikgu. Padahal belum cikgu pun lagi masa tu haha. Last2 lekat sampai sekarang.

Semalam pun jumpa lagi Dr kat sini selepas almost 2 tahun lebih tak jumpa. Last aku jumpa dia September 2013. Masa tu aku ngan Alif odway nak ke Sibu. Singgah dinner di Bintulu. Memang berniat nak jumpa dia sebab nak bagi undangan majlis kahwin aku. Dr ni aku boleh kata antara yang rapat dengan aku. Jadi aku nak bagitau dia face to face selagi boleh.

Lepas tu Dr pun kahwin awal tahun 2015. Then kami dah jarang contact. Tulah semalam jumpa selepas dua tahun tak jumpa. So banyak la bercerita macam2. Sometimes aku rasa pelik sebab we have so many things to talk about even we have not much thing in common. Kerjaya kami berbeza. Budaya kami berbeza. Rutin hidup kami berbeza. Pendek kata banyak lah yang berbeza. Tapi kami tak bercakap pasal hal rumahtangga lah, in case korang tetiba terfikir begitu. Hehs.

Tapi tak dapat nak jumpa Kak Jue sebab Kak Jue ada program sepanjang hari semalam. Aku nak jumpa Kak Jue. Tapi malamnya pulak Abang Hakim baru balik dari Kuching. Penat apa sume. So tak sempat lah kami nak jumpa.

Aku datang Bintulu ni dengan Zati and Kak Bel. Aku ajak derang datang tengok layang-layang. Sebab dah lama tak datang. Dulu masa Nabil ada kat sini, berani la aku datang sorang. Sejak Nabil pindah, aku tak datang sorang dah lah.

So Zati jadi GPS aku. Hehe. Kak Bel katanya 1st time datang Bintulu. Semalam kami sempat tengok layang-layang berirama. Ni first time aku tengok. Dia pasang muzik. And then ada memang ada groups of peserta yang mainkan layang-layang tu ikut muzik. Menarik sangat. Kami tahan la sekejap perit mentari tengok layang-layang menari hehe.

Hari ni last day. Tapi kami tak pergi dah. Hari ni insyaAllah jumpa Pijah kalau sempat. Means kalau time aku nak balik tu, Pijah ada kat umah. Boleh lah aku singgah umah dia. Hope dapat jumpa dia sebab nak tengok baby Muna hehe.

Ok lah nak bersiap. Bye.

Friday, September 2, 2016

Going Through Break Up

Aku sekarang kinda maraton How I Met Your Mother. Episod kegemaran aku adalah ermmmm dalam season 4, lupa episod berapa, tapi yang part Stella minta Ted pujuk Tony sebab tinggalkan dia. Di hujung episod tu, Ted cakap dengan Stella, apa yang Stella dan Tony ada, apa yang Marshall dan Lily ada, apa yang dia ingatkan dia ada bersama Stella dulu, dia sangat inginkan itu. And then Stella bagi perumpamaan, yang membawa maksud, sebenarnya jodoh Ted juga sedang menunggu untuk Ted datang kepada dia.

I suka sangat dengan apa yang Stella cakap tu.

Dan lain2 episod, memang kelakar and sense of humor are always there.

But then datang la this one episode, I cried watching it. Selepas Barney dan Robin break up, dalam episod sebelum2 ni, mereka berdua nampak biasa2 je. Barney dengan playboy dia. Robin dengan cool dia.

Apparently, Robin sebenarnya sedang melalui mourning period. But knowing her, dia tak pernah menangis depan sesiapa, cuma dia akan mengelak bila Barney bercakap tentang perempuan lain.

At the end, semua orang akhirnya sedar Robin sedang bersedih, dan Barney pergi pujuk Robin. Sepanjang lima season aku menonton, ini kali pertama aku tengok Robin menangis, and its kinda heart breaking.

Because I know how much break up hurts.

Aku teringat dulu aku banyak sangat menangis, Sangat banyak. Kadang-kadang aku menangis dia bilik As dan Mira, kadang-kadang aku menangis sebelum tidur, Kadang-kadang aku menangis di sejadah selepas solat.

Luckily for me, he's not around me. But his name always around me sebab kami dalam satu kumpulan kawanan yang sama.

It hurts, sampai sekarang pun aku ingat. Having a husband doesn't mean that I can forget my past relationship. BUT, having this my husband makes me realize and thankful that he's not him.

I don't know how to wrap this entry up, because obviously I'm not going to give you tips how to deal with break up (if that is your intention reading my this entry). Aku dah lupa bagaimana aku laluinya, dan aku pun taknak ingat. Tapi satu aku boleh cakap, one day perasaan sakit tu akan hilang juga. It's just the matter of time.Time heals. Cuma aku tak tahu berapa lama. Aku? Berapa lama? Entah lah, dah lupa dah, dan taknak ingat juga.

Tapi yakin lah, one day, akan berlalu semua yang pahit pedih sedih ini

Semoga kau sentiasa diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi patah hati ini. Amin.

Monday, August 29, 2016

Kawan Kahwin

Terasa aneh sekali. Bila kawan dah nak kahwin, aku mula terasa kehilangan yang perlahan-lahan. Terutamanya kawan yang pjj (persahabatan jarak jauh)(pun bolehhh hihi). Kehilangan yang perlahan-lahan yang pertama kali aku rasa dalam hidup aku adalah Fizin. Aku rasa dalam ramai kawan yang rapat dengan aku (yang pjj), Fizin adalah kawan yang pertama berkahwin.

Cukup terasa sebab aku dan Fizin memang sangat rapat. Sampaikan dulu Khalis pun terasa 'aneh' dengan keakraban kami. Bukan nak kata dia pandang kami ni macam les ke apa no no no okayy, cuma sebab kami terlalu rapat. Mesej all the time. Masa tu takde wassap lagi hehe. Fizin pun jarang on YM (oh my mula terkenang kenangan zaman muda2 dulu). Pendek kata memang rapat lah.

Bila Fizin kahwin, aku rasa biasa2 lagi masa tu. Cuma dah kurang mesej. And masa Fizin bujang, time cuti, aku rajin pergi KB. Dari zaman reti naik bas, sampai la zaman drive, asal cuti je mesti aku pergi umah Fizin. Padahal time kat UNITEN dah jumpa. Tapi jarang la sebab masa kat UNITEN class aku pack sampai malam. Kadang2 aku curi masa sejam dating ngan Fizin tepi tasik, tepi tangga, up10, fuuh memang banyak la kenangan aku ngan Fizin. Tapi tulah, bila Fizin dah kahwin, maka berkurang lah aku jumpa Fizin. Cuma selalu mesej je.

Eh panjang pulak cerita pasal Fizin je haha. Kalau nak cerita pasal Fizin, 7 hari 7 malam pun tak habis. Memang banyak sangat kenangan aku dengan dia. Haha.

Tapi sekarang, dah tak contact langsung. Cuma kawan di FB. Hmm.. Fizin, if you read this (which is kinda impossible), aku cuma nak cakap aku rindu ko mu Zin, rindu sangat nak saem ngan mu macam dulu2='( Mesti korang nak cakap kan, pergi lah mesej dia sendiri. Tapi tak mampu sebab...

Sebab apparently, bila kawan kahwin, dengan tiba2 kau dah kehilangan topik perbualan dengan dia. Adakah ini aku sahaja yang rasa atau korang juga rasa yang sama?

Aku jadi lupa apa yang pernah aku sembang dengan dia dulu. Aku jadi lupa apa hot topic kitorang all the time. Aku jadi lupa macam mana nak bersembang gaya santai gaya buat lawak macam dulu2.

And now, same goes to kawan2 lain seperti Nabil, Sue, Imah.. and I'm sure the list will go on.

Tapi sebenarnya.. aku rasa macam kawan2 lain pun ada yang rasa macam ni dengan aku lepas aku kahwin..

Aku rasa entri ni tiada ending lah. Sebab taktahu nak end macam mana. Huhu.

Ok bye.

Sunday, August 28, 2016

hrmis

hrmis oh hrmis..

Nape takleh update bahagian Sumber Kewangan eh? Takleh simpan. Klik simpan macam takde apa. Tapi bila klik simpan tanpa klik nama pembayar ansuran tu tau pulak keluar box warning. Itu guna IE. Kalau guna Mozilla lagi la terus keluar page error bila klik kat tambah bahagian sumber kewangan tu.

Nape eh? Sebab Mozilla aku tak updated ke? Chrome pulak langsung tak compatible dengan hrmis. Macam mana aku nak update bendalah ni ek?

Sorry lah kalau tak paham. Ni bebelan random. Rasa macam dah lama tak update kat sini. Tapi dah update kat sini bebel pasal benda yang cenggini pulak kan, huhu.

Ok lah bye.

Oh btw, hari ni kelas tambahan rekod ever. Dari 13 murid, 6 je datang. Tapi aku tak marah pun. Sebab aku at least dapat figure out, murid mana yang benar2 willing untuk belajar, atau dalam masa yang sama, parents mana yang betul2 care pasal anak dia belajar sebab suruh anak datang kelas.

UPSR lagi seminggu. Takpelah dik. Akak tak kesah. Suka hati lah nak apapun. I'm doing my part and yours? Up to you.

Yang penting kira tarikh balik lagi dua minggu. Can't waitttttt.

Kejam tak cakap macam tu? Well, aku bukan robot. Aku juga ada perasaan bila murid taknak tunjuk effort untuk belajar bersungguh. So, suka hati ekau lah.

K bye.

Thursday, August 4, 2016

Egtukar

Hari ni Stick balik Semenanjung dah. Tengok kat FB pulak nampak gambar majlis perpisahan Amar kat sekolah dia. Stick dapat tukar Pahang. Amar dapat tukar Terengganu. Dua2 budak batch aku.

Hati pedih.

Hati sakit.

I really really hate this feeling.

Wednesday, July 20, 2016

Demam

Aku separuh demam, setelah mula bekerja sepanjang hari bermula Ahad lepas sehingga hari ini. Ahad bawa murid Tahun 6 ke program motivasi di Miri. Isnin kelas tembahan petang. Selasa petang dah ala2 demam. Hari ni gotong-royong kemas stor sekolah. Demam berstatus ala2 masih kekal hingga sekarang. Nasib baik laa lusa cuti. Tapi dah plan nak buat kelas tambahan. Hmm tengok la esok cemana tahap kesihatan.

Suami juga ala2 demam. Tadi call suara suami dah lain. Dia dah dua hari berendam dalam air masin due to his work. Kena menyelam untuk baiki air pancur dalam tasik. Hari ni dah batuk dan suara berubah.

Semoga kami sempat sembuh. Amin.

I miss you, husband.

Nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Friday, July 8, 2016

Selamat Hari Raya

Hai semua, selamat hari raya. Bagaimanakah hari raya korang? Eh silap silap, bagaimanakah sebulan berpuasa korang? Semoga semua amalan dan ibadah kita diterima olehNya aminnnnnn.
Raya tahun ni Alhamdulillah dapat bersama suami dan keluarga. Tapi dapat bersama suami pada hari raya pertama je. Sebab suami kerja shift malam tak dapat cuti. So malam raya suami kerja. Pagi raya habis shift pukul 7 terus drive ke Setiu Besut. Alhamdulillah perjalanan lancar tak banya kereta katanya, sempat lah solat sunat aidilfitri di Setiu. Lepas tu datang Besuy beraya rumah aku dulu. Then petang dalam pukul 3 camtu (cadangnya lepas Zohor, tapi biasa lah di hari raya banyak benda yang drag hehee) bergerak ke Setiu. Alhamdulillah kereta tak banyak sangat, cuma ada tempat hujan lebat sangat sampai tak nampak jalan huu. Oh ya, aku bawa kereta asing dengan suami sebab aku kesian kat dia nanti petang nak kena aku hantar balik Besut pulak then lepas Maghrib dia dah nak kena balik ke Kuala Terengganu sebab kannnnnnn dia kerja, huhuu. Aku tahu dia penat dan aku takut jugak jem tak sempat dia nak masuk kerja. Tapi Alhamdulillah katanya kereta banyak tapi tak jem. Awal la dia sampai tempat kerja.
Pastu hari raya kedua dia tak balik sini dah. Aku rasa penat je dia ulang-alik camtu. Thing is, dia kerja tak tido malam, so aku bimbang dia drive dalam keadaan tak cukup tidur dalam keadaan atas jalan you know kereta banyak dan bermacam ragam, huu.
Semalam dia call, dia cakap dapat cuti Sabtu, Ahad dan Isnin (Isnin ti memang hari dia off hehe). So aku cakap Sabtu je lah datang. Kalau ikut kan hati of course lah aku mahu dia datang hari2. Tapi apakan daya dah namanya kerja kan...
Ok lah nanti nak story lagi. Now aku nak drive. Ok semua, ucapan selamat hari raya untuk semua pada hari raya ketiga. Selamat hari raya daripada kami suami isteri yang sedondon tahun ni phewwww. Maaf zahir batin.
Doakan aku dapat pindah dan kami dapat tinggal sebumbung tahun ni aminnnnn.
K bye.


Sunday, June 19, 2016

Musafir

Dua hari lepas aku tengok Al-Kuliyyah di tv3. Dalam banyak2 yang ustaz sampaikan, aku masih ingat ustaz cakap di muka bumi ni, kita adalah musafir. Hiduplah kita seperti seorang musafir. Apapun berlaku, kita kena teruskan perjalanan. Jika ada pilihan di hadapan kita, kita kena pilih. Katakan lah di hadapan kita ada dua lorong. Lorong sebelah kanan berliku2, beronak duri. Tapi lorong sebelah kiri pulak ada taman2 yang indah, bunga mekar mewangi. Lorong manakah yang kita akan pilih? Kita mestilah nak yang senang, yang indah, kan?

Tapi, kita kena tengok juga destinasi kita, apa yang ada di hujung lorong tu. Di hujung lorong kanan, ada istana yang tersergam indah. Di hujung lorong kiri, ada gaung yang dalam. Jadi, jalan mana yang akan kita pilih? Kita takkan berhenti setakat simpang tu je kan.

Itu lah antara yang dapat aku tangkap yang ustaz tu cakap.

Cuti hari tu, first time aku dengar masa tengok program apa tah namanya kat tv. Program Mizz Nina rasanya. Dia ada program kat New Zealand dengan Yasmin Mogahed (penulis buku Reclaim Your Heart) dan rakan usrah lain. So dapat la aku tangkap sikit2 apa yang Yasmin Mogahed cakap sambil aku dan Dar (adik ipar) berfikir2 di mana South Island tempat program tu sebab MasyaAllah memang cantik sangat lah!*iklan*

Masa tu aku dapat tangkap Yasmin Mogahed cakap kita hidup ni sebagai musafir atau sebagai penduduk tetap bumi ni, kita pilih. Kalau kita tinggal di sebuah bilik untuk sementara, contohnya kita sewa bilik hotel la kan, kita akan terima apa seadanya kan tentang bilik tu. Yelah nak duduk pun setakat 2-3 hari je. Tapi katakanlah kita diberitahu kita akan duduk di bilik tu untuk tempoh masa lama, atau secara tetap, lama-kelamaan mestilah kita akan mula komplen tentang bilik tu. Nak tukar warna cadar, nak tukar almari design lain, dan sebagainya.

Begitulah kita hidup di dunia ini. Jika kita seperti musafir, kita akan lalui hidup kita seadanya. Macam kita berjalan di suatu taman, bila kita lewati pokok2 dan bunga2, kita akan nikmatinya sambil meneruskan perjalanan. Samalah seperti apa yang kita lalui dalam hidup kita, kita takkan berhenti bersungut apa yang kurang apa yang lebih. Tiada apa yang kekal dalam pandangan kita, dalam hidup kita. Kalau sekarang kita susah, kita tahu tak selamanya kita susah, nanti akan ada senangnya. Kalau kita tengah sedih, nanti akan ada gembiranya. Tak ada yang kekal.Jadi kita akan sentiasa bersyukur, sentiasa fokus dengan perjalanan menuju akhirat, sambil2 tidak terganggu dengan dunia.

Lebih kurang macam tu lah yang Yasmin Mogahed cakap. Tambah tolak sikit dengan apa yang aku ingat ingat lupa. But the point is there.

Aku tak tahu apa yang deep sangat sampai aku akan selalu ingat, ingat, dan ingat benda ni. Tapi aku harap di mata Tuhan aku adalah musafir. Justeru kena belajar bersyukur setiap masa. Kena just go on nikmati perjalanan yang takkan selalunya indah tapi takkan selalunya sedih juga kan.

Justeru, berjauhan dari suami juga adalah satu 'pemandangan' dalam bermusafirnya aku. InsyaAllah satu hari nanti, kami akan dapat tinggal sebumbung for good. Untuk sementara itu, marilah kita nikmati perjalanan yang sekarang ini.

Laahaulawalaquwwataillabillah.
Tiada dan dan upaya melainkan hanya dengan pertolongan Allah swt.

Wednesday, May 18, 2016

Fikir

Di waktu-waktu begini, aku terasa ingin menulis, but nothing in my mind. Ketika yang paling banyak aku berfikir adalah ketika pagi memandu ke sekolah. 15-20 minit dalam kereta berseorangan cukup untuk buat aku fikir banyak benda. Sampaikan pagi tadi aku terfikir, bestnya kalau apa yang aku fikir ni aku boleh cerita kat sini. Tapi of course la tak sempat dan tak dapat. Sampai sekolah pun dah 10 minit sebelum loceng pertama berbunyi (kelas mula 7.10 pagi), tambah pulak line telefon tak ok, apa lagi line internet, hihi. Tapi sekolah tu best okay hehe.

Teringat minggu lepas had a chat with Lala. Teringat plan nak ke Jogja yang belum kesampaian rezekinya. Jatuh hati dengan Jogja lepas dengar Yan bercerita. Dalam fikiran aku time tu, kalau dah tak reti sangat nak berjalan, aku boleh just sewa hotel yang sama macam Yan dulu, then jalan2 sekitar pun takpe dah. Hmm tapi tulah, tiket ke Jogja lumayan juga ya. Nak tunggu murah taktau la bila rezekinya hehe.

Sejak baca Ayat-ayat Cinta 2 hari tu, Bahasa Indonesi aku macam dah refresh balik pulak, walaupun novel yang aku baca tu dah alibahasa sikit2 ke Bahasa Malaysia. Petang tadi faham je layan Ketika Cinta Bertasbih tanpa sarikata, haha. Tambah pulak sekarang duk layan Sakinah Bersamamu (atau Bersamanya? Entah tak sure haha) sinetron petang2 kat tv3. Tengok sebab ada Dude Herlino, I'm kinda a big fan of him hehe. Lama2 tengok jadi follow la cerita tu. Tapi bila duk tengok Dinda, jadi terbayang2 pulak muka dia as Hulya dalam AAC2.

Sekarang minggu exam. Isnin depan baru sambutan Hari Guru sekolah. Semalam call Mama Abah wish Hari Guru. I miss Mama and Abah always... Mama tanya bila keluar result egtukar. Kalau ikutkan yang aku diberitahu, 22Mei ni. Tak lama dah la, esok lusa. Tapi pengalaman aku sepanjang tunggu result egtukar, selalunya akan drag lewat sehari camtu lah. Terharu rasa bila Mama cakap sambil gelak-gelak, Mama doa hari2 supaya aku dapat pindah, tapi taktau la dapat ke tidak. Not exactly, tapi lebih kurang camtu la ayatnya. Sebak aku dengar Mama cakap macam tu. Rasa macam berdosa sebab dengan jauh begini, buat Mama dan Abah susah hati.

Ok lah gotta go, nak makan. Laparrrrr. Syukur sini boleh makan apa je bila lapar. Teringat di Palestin di Syria... Allahu.. semoga Allah swt ampunkan dosa aku sebab apa yang aku mampu buat kat sini adalah berdoa je, dan lain2 adalah sikit. Tapi rasa macam tak cukup. Takkan pernah cukup kot..

Ok lah bye.

Sunday, May 8, 2016

Cikgu Garang

Dari aku mula mengajar, aku selalu cakap dengan diri aku. Pergi sekolah nak mengajar, nak bagi murid pandai, bukan nak suruh murid suka kat aku. Maksudnya di sini, aku lebih prefer untuk garang supaya murid tu ada feel nak belajar (walau takde rasa nak belajar) darpada aku baik-baik bagi muka kat murid kalau derang ada buat silap especially tak siap homework. Grrrr.

Jadi bila begini, aku tak kan expect ada murid yang suka aku. I mean macam heart kat aku lah kot, cewah haha. Tengok je lah anugerah hari guru dah 2 tahun aku dapat anugerah Guru Prihatin. Tapi aku tahu tu anugerah yang akhir2 dah. Like "eh nama Cikgu Nadiah tertinggal lah, hmm letak kat Guru Prihatin la eh eh maksud 'prihatin tu apa ah?" Haa aku rasa camtu la situasinya.

Justeru, aku akan jadi a lil bit surprise kalau ada murid claim that dia suka aku. 2 tahun lepas, seorang murid Tahun 1 menyebut nama aku ketika ditanya "who is your favourite teacher?" di Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris. Tahun ni, seorang murid Tahun 2 tunjuk kat aku kad Hari Guru yang dia dah siap buat untuk aku. Masa aku terpinga2 tu, semua murid lain cakap, "Chandy suka cikgu." Ah touchingnya aku. Chandy ni murid pintar yang sedikit pendiam. Tapi aku selalu puji dia sebab tulisan dia cantik. Hihi.

Tahun ni aku masih mengajar Tahun 6 Bahasa Inggeris, tanpa kerelaan honestly. Ditambah lagi dengan mood aku dan semangat mengajar aku yang tak menentu lately, hmm I tried really hard to teach them. Hard becomes much harder bila.. urmm how to put this eh? Ok cukup lah kalau aku katakan, dari 13 orang murid, 9 dari mereka akan bertanda pen merah setiap kali ujian, either Kertas 1 atau 2.

Aku rindu Tahun 6 yang lepas. Sampai hari ni aku masih ada rasa bersalah dalam diri. None of them got A for English UPSR last year and honestly aku takut kalau aku yang tak cukup mengajar. Ada terkurang ilmu di mana-mana.

But I miss them. Setiap hari mereka akan datang naik van ke sekolah ni sebab mereka sesi petang, and van yang mereka naik tu akan datang sebab ambil adik Kak Nesh dan anak Kak Rezina (both of them duk kuarters dalam sekolah), so bila mereka nampak aku dalam kelas, mereka akan lambai2 kat aku dengan muka riang. Kalau masa tu aku tengah hangin (espcially masa dalam Tahun 6), pun sempat lagi lambai kat mereka sambil senyum. Hehs.

Kalau aku pindah, I am gonna miss this school very much. I love it here, tapi bak kata Kak Rosa, sayang memang sayang kat sekolah ni, tapi kita ada tuntutan lain yang lebih besar. Tuntutan bersama keluarga di Semenanjung.

Doakan aku. Doakan kami semua ya. Thanks:)

Saturday, May 7, 2016

Ayat-ayat Cinta 2

Teringat dulu, pertama kali aku baca novel Ayat-ayat Cinta, aku jadi jatuh cinta terus dengan novel tu. Gigih aku baca softcopy pdf yang kawan aku. Ditambah dengan penggunaan Bahasa Indonesia. Tapi syukur aku paham sebab tidak lah pekat sangat gaya penulisannya. Aku cukup suka dengan Aisha yang digambarkan memakai cadar. Aku rasa bahasanya cantik sekali. Cadar itu maksudnya purdah:)

Aku berangan-angan waktu tu. Kalau aku jadi seorang isteri, aku ingin jadi seorang isteri yang seperti Aisha.

Tapi manalah mampu kan dengan iman aku yang tak berapa tebal ni, huhu.

Winter 2008, bekas bakal ibu mertua, atau mak mertua tak jadi bak kata Kak Izan (haha) menghadiahkan aku novel Ayat-ayat Cinta. Aku ingat masa tu di bookmark novel tu, aku tulis yang lebih kurang begini maksudnya, 'semoga suatu masa nanti aku menjadi Aisha si penyejuk mata hati kepada anak yang menghadiahkan novel ini'.

Ternyata aku dan anaknya tidak berjodoh.

Novel Ayat-ayat Cinta 2 aku beli weekend yang lepas. Popular buat jualan less 20%, so aku dan Kak Nur dan Kak Izan sepakat masing-masing akan beli satu novel dan kami akan bertukar novel untuk dibaca weekend tu.

Jujurnya aku bukan lagi penggemar novel tegar. Sebab bila berjauhan begini, membaca novel cinta akan membangkitkan rasa kerinduan yang segar terhadap suami aku (nampak tak gaya bahasa ala2 Indonesia tu haha). Tapi bila tengok Ayat-ayat Cinta 2, terus rasa I want thissss. Lagipun dalam novel ni bulan kisah Fahri dan Aisha semata-mata, tetapi banyak pengisian agama yang aku dapat.

Bercakap dengan Kak Izan tentang novel ni, aku bercerita tentang apa yang aku tulis di bookmark Ayat-Ayat Cinta dulu. Kemudian aku cakap dengan Kak Izan, "nasib baik jugak tak kahwin dengan si buah hati yang itu." Kak Izan ketawa dan tanya kenapa. Spontan aku jawab, "sebab kalau Nadiah jadi dengan dia, Nadiah takkan jumpa suami Nadiah yang sekarang ni."

:)

Ayat-ayat Cinta 2 lebih mengundang rasa aku. Sebab sebagaimana Fahri merindui Aisha, begitu lah juga aku merindui suami aku.

Cuma bezanya, kalau rindu aku masih boleh call mengadu dengan suami aku. Tapi Fahri hanya mampu mengadu dengan Allah swt.

Semoga Allah swt melindungi semua rumahtangga di dunia ini agar penuh dengan kasih sayang dan keimanan. Amin.

Friday, April 29, 2016

Rindu mereka

Seperti yang sedia maklum, weekend lepas aku pulang ke Semenanjung.

Masa mendarat di KLIA, dan melikat ke luar tingkap, tiba-tiba aku teringatkan Sue. Aku teringat time2 Sue hantar aku pergi airport zaman kami bujang2 dulu. Aku teringat bagaimana kami lepak bersama dalam biliknya di UPM dan bercakap tanpa henti dari mula bangun tidur smpai lah kami boleh skip lunch sebab betapa seronoknya kami bercerita itu ini. Teringat masa Sue hantar aku ke stesen bas Kajang pastu Sue bagi aku sebuah buku letak dalam plastik, bila naik bas aku buka plastik tu tengok ada buku Cinta High Class tulisan Ust Fatimah Syarha terus air mata aku menitik2 tanpa dapat ditahan. Teringat juga bila Sue dah pindah ke rumah sewa kami hang out bersama ke Pesta Flora di Putrajaya, masa tu aku baru2 kenal suami aku, so duk sibuk wassap ngan suami sambil bersembang ngan Sue. Macam2 lah yang aku ingat. Teringat kami pernah tidur di rumah Kak Lela bersama. Eh cemana kami boleh pergi tidur umah Kak Lela time tu ek? Lupa dah hehe.

Lantas membawa ingatan aku kepada Kak Lela yang memang saaaaangat aku sayang sungguh aku tak tipu. Teringat zaman bujang lepas balik dari NZ memang pantang sangat walau cuti sekejap, aku akan ke KL untuk pergi tidur umah Kak Lela. Cukuplah kalau aku cakap Kak Lela ni macam Sue, cakap sikit je dah boleh buat ketawa dan menangis. Adakalanya kami menangis bersama. Bersembang hingga pukul 2 pagi.

Allahurabbi rindu sungguh dengan mereka berdua.

Mereka berdua adalah antara orang yang aku kenal cukup positif. Cukup positif hingga tak pernah cakap yang buruk2 tentang orang. Tak pernah berkeluh kesah tentang hidup yang mereka lalui. Susah payah jerih semuanya positif.

Aku teringat masa tu Sue tengah buat master. Always kena masuk lab. Stress jangan cakap lah. Pagi hingga malam memang sibuk. Tambah lagi isu patah hati masa tu, dan perkara2 lain. Tapi aku tak pernah tengok Sue tunjuk muka sedih, atau muka stress macam nak marah orang, hehe. She is really positif. Senyum dan ketawa je.

Kak Lela pernah kerja dia sort of kena tipu dengan bos dia. Gaji tak dibayar beberapa bulan or something like that. But she stayed because the boss were also her friend. But then after setle semua Alhamdulillah Kak Lela murah rezeki dapat kerja lain selepas beberapa ketika. And also adalah masalah2 lain. But Kak Lela sangat positif hingga dia boleh bercerita dengan tenang macam takde perasaan tapi akhirnya kami nangis bersama.

I miss them so much.

Sue dah fly pergi oversea teman suaminya sambung phd. Ada rezeki, insyaAllah Su pun nak sambung pgd jugak.

While Kak Lela masih di KL, di rumah yang sama. Aku selepas kahwin, dah tak pergi Taman Melati. Last jumpa Kak Lela tahun lepas masa raya. Apparently kampung Kak Lela di Terengganu sama ngan suami aku hehe. Aku teringin nak transit di Taman Melati macam dulu2. Tapi bila PJJ camni, aku berasa masa bersama suami lenih aku hargai. Jadi bila naik flight balik Semenanjung, KL hanyalah persinggahan semata2. Nanti esok2 ada rezeki aku pindah Terengganu dapat duduk dengan suami, aku ada niat nak pergi lepak umah Kak Lela barang semalam dua macam dulu2. Itupun kalau belum ada anak lagi lah. Kalau dah ada anak tak dapat la kot nak buat gaya macam bujang dulu hehe.

Rindunya dengan mereka. Rindu dengan sikap positif mereka. Rindu dengan kata2 semangat mereka. Rindu bila kami saling bercerita dan mereka mendengar. Rindu semuanya.

Macam mana lah nak jadi macam mereka eh? Aku honestly sekarang takde hati dengan life aku sekarang. Rasa takde semangat takde motivasi. Kerja rasa malas nak buat dan hobi aku ada melangut. Rasa nak balik, nak pindah. Takde motivasi no matter how much ideas that I had in my head bila nak plan aktiviti dalam kelas. End up aku akan mengajar secukup rasa je. Senang kata chalk and talk lah. Budak faham tapi rasa seronok kurang lah sebab aktiviti aku tak variasi. Macam tuuuuu je. Mendatar jeeeeee.

Hmm entah lah.

Ok lah nak gi basuh baju. Bye.

Sunday, April 24, 2016

Pulang

Hari ni aku pulang ke Miri sudah. Tak tau la kenapa, kali ni rasa sekejap je aku kat Terengganu ni. Rasa macam balik Khamis-Ahad macam sekejap je. Biasanya balik Jumaat-Isnin rasa macam lama sikit. Padahal sama je bilangan hari.

Ni la kot namanya sindrom homesick. Hehe.

Mungkin sebab suami kerja shift petang. Mungkin sebab suami tak cuti kot. Biasa kalau aku balik, suami ambil cuti. Tapi kali ni tak dapat lah sebab tempat kerja dia tak bagi ambil cuti selama 3 bulan atas sebab tertentu lah. Hotel tengah new management so banyak benda nak urus. Takpe lah yang tu aku paham. Aku pun dah mindset raya nanti mungkin suami tak dapat cuti. Huhu.

Cuti kali ni aku rasa puas dapat balik. Dapat jumpa suami. Dapat balik jumpa Mama Abah walau sekejap. Sebenarnya aku balik ni bukan nak jumpa suami je, tapi nak jumpa Abah dan Mama jugak. Rindu sangat lately. Tak tau lah kenapa. Duk teringat2 je.

Kalau ikutkan, suami Mama Abah sume tak bagi balik. Sebab derang tau bajet belanja aku akan lari kalau aku balik. Buat beli tiket flight. Macam ni la adat PJJ jauh2. Duit habis untuk travel je.

Tapi bak kata Abah. Sabar. Lalui je. Semua dugaan Tuhan. Sebak pulak rasa bila tulis part ni. Huhu.

Pada aku, biarlah habis berapa pun. Selagi Mama Abah ada, aku nak jumpa mereka selalu.

Sedihnya bila fikir pasal ni.

Ok lah nak tunggu boarding. Pening dalam kepala banyak benda yang aku terfikir.

Doakan yang baik2 untuk aku ya.

Thursday, April 21, 2016

@klia2

"Balik mano?"

Ha? Rasanya telinga aku tak salah mendengar, jadi aku jawab dengan yakin, "balik Teganung."

Apparently makcik yang ramah ini berasal dari Jerteh jugak. Kadang-kadang aku rasa orang Kelantan ni, tau orang yang cakap Kelantan (like people from Besut like me), dia macam ada aura tersendiri tau. Macam jumpa orang kampung, tau2 aje dah berbual panjang hehe.

And makcik tu tanya aku, mengajar ke di Miri. Dalam hati aku dah macam, aii memang nampak sangat ke aku ni gaya cikgu. Bukannya apa, selekeh camni jangan la orang tau aku ni cikgu, malu la hihi. Almaklum la dari sekolah terus ke airport berbaju kurung tak sempat nak touch up lepas kelas non-stop from 7.10am to 12.00pm huhu.

Sebenarnya dah bawa baju nak salin, tapi tak sempat salin di sekolah, gelabah punya pasal takut tak sempat sampai airport. Bila dah sampai airport tak tergamak pulak nak salin kat toilet. Takut juga kamera tersembunyi. Sudahnya terbang pakai baju kurung je lah.

Yes esok aku ambil cuti. Balik sebab rasa nak balik. Tiket pun baru beli Sabtu lepas. Eh ke Ahad lepas eh. Harga jangan tanya la. Rasa mampu aku beli lah. Kalau rasa tak mampu baru tak beli huhu. Itupun jangan tanya pulak berapa baki dalam akaun bank. Rasa berdosa pulak sebab baru teringat tadi aku tak bagi lagi duit untuk Mama dan Abah masa gaji bulan 3. Sumpah memang langsung terlupa. Biasa aku bagi by hand. Mama taknak bagi no acc bank dia huhu. Tapi gaji bulan 3 kan keluar lepas cuti mid-sem hari tu, so memang aku put aside dulu. Tapi entah lah harap2 ada lagi baki dalam bank cukup nak bagi kat Mama kalau balik Besut esok atau lusa ni.. hmm..

Beginilah adat PJJ, biasanya duit gaji takkan tinggal banyak. Melabur kat AirAsia atau MAS je kejenye sobsob. Untuk gaji bulan 3 ni aku beli tiket raya and tiket balik yang ni.. Jadi tak tahu lah ada berapa lagi baki dalam bank, honestly huhu.

Harap2 bulan 6 ni ada rezeki eg-tukar. Tapi harapnya biarlah dapat di sisi suami terus. Atau di sisi keluarga pun takpe dah. Asalkan aku tak keseorangan lagi.

Asalkan duit gaji tak habis untuk perjalanan kos PJJ begini.. amin..

Sejuk lah tangan menaip dalam aircond surau ni. Biasanya aircond surau tak sejuk camni. Beku tangan rasanya nak menaip, hehe.

Ok lah bye.

Sunday, February 28, 2016

Handbag

Haha gelak sakan aku baca caption Aaron Aziz (tengok gambar kat bawah entri, tak tau la nape bila attach gambar guna blogspot android ni, gambar akan duk kat bawah entri). Ayat last tu tak leh blah:p

Aku rasa bukan Aaron Aziz je yang tak paham dengan taste handbag perempuan. Majoriti kaum lelaki memang tak paham. Well honestly ada time aku as a perempuan pun tak paham hihi.

Teringat dulu sebelum kawen, aku yang pilih handbag untuk hantaran. Was accompanied by Abah, Mama and sisters. Almost 2 jam uolls carik handbag kat satu department saje hokeh. Sampai Abah dah penat jalan last duduk je.

Lepas tu ketidakfahaman suami pulak kenapa bila keluar pegi mall, mata aku teruja dengan handbag yang nampak macam plain tapi harga puluh ratus. Yang paling dia tak paham, kenapa aku boleh teruja tengok handbag lain padahal handbag hantaran pakai jarang sangatttt. Yang biasa aku pakai handbag 'basahan' yang aku beli few days before nikah. Sebab aku sayang sangat handbag hantaran, tak tergamak nak pakai hew hew.

Akhirnya suami keluarkan statement. Nak beli handbag baru, kena pakai handbag yang dah ada dulu. Maka handbag hantaran aku bawa ke Sarawak. Tapi tuuu ada dalam dustbag tak bukak lagi. Sayang, hihi.

Suami cakap dengan aku, dia pernah dengar ada ceramah ustaz ni cakap, berdosa kalau kita beli handbag kasut mahal2 tapi tak pakai. Of course aku terkejut. Kenapa? Sebab... jawab suami aku, duit yang kita beli handbag kasut tu, dikira membazir, beli tak pakai, baik lah duit tu guna untuk sedekah je tolong orang yang memerlukan. Terus insaf aku. Huhu.

Okeh enough lah with the handbag. Nak solat Isyak.

K bye.

Friday, February 26, 2016

Cakap

Kalau orang yang biasa cakap kasar, cakap terus-terang, bila didengar rasa macam ' lantak lah dia, dah memang stail camtu'. Tapi kalau orang yang jenis cakap baik, cakap sopan, suka bergurau, bila cakap berterus-terang yang stail kasar cemtu, terus sentap di hati.

Adil ke cemtu?

Hmm.

Wednesday, February 24, 2016

duka lara

Minggu lepas keluar result eg-tukar duka lara. As usual, akan ada insan2 yang tak disangka tapi aku harap mereka dapat tukar balik ke sisi pasangan mereka. Paling aku rasa happy untuk Aisyah. She is a junior of me here. Tahun lepas dapat sorang baby, comel sangatt. I barely know her actually. Cuma start tahun lepas selalu bersama kursus BI Tahun 6 sebab tahun ni kami sama2 mengajar BI. Tahun lepas suaminya sempat datang duduk bersama sekejap. Suaminya still study. Then awal tahun ni. suaminya posting ke Johor. Honestly can't imagine she being alone take care of her baby. Alhamdulillah dia dapat pindah. I am so happy for her. Alhamdulillah:)

And also masa kursus BI hari tu, sempat kenal seorang guru. Jaga anaknya alone jugak. Anaknya dua orang. Seorang tu setahun lebih, seorang lagi baru berapa bulan eh, lupa dah. Tapi memang tak sampai setahun la umurnya. Pun dapat pindah, Alhamdulillah:)

Alangkah beruntungnya suami isteri yang dapat tinggal sebumbung. Aku harap aku takkan lupa ini. Semoga rezeki aku pun akan tiba tak lama lagi. Dan rezeki semua pasangan yang terpisah. Semoga doa kita2 semua dimakbulkan olehNya. Amin.

Sunday, February 21, 2016

Blogspot

Sebenarnya aku ada  masalah untuk ingat username dan password blogspot aku. Sebab jarang log in. Lepas pakai adroid, aku download blogspot then terus log in tak log out. So lama2 lupa username dan password. Tapi menaip dan handphone tak seseronok di laptop. Itu salah satu faktor kenapa aku jarang update entri. Dan aku jarang sangat buka laptop. So lama2 tak ingat lah huhu.

Aku juga ada dua atau tiga akaun dengan blogspot. Tu pun satu hal jugak. Guna beberapa emel berbeza. Ada emel aku dah laaaaaaaaama gila tak buka so kalau klik kat 'forgot your password' pun, macam malas nak fikir nak buka emel yang dah ingat2 lupa passwordnya huhu.

Ni sekarang aku menaip dari laptop. Sayang sangat rasa banyak benda aku tak tulis. Kalau tulis pun asyik2 pasal ingat suami rindu suami, mesti korang pun bosan baca kan hihi.

InsyaAllah lepas2 ni harap rajin update guna laptop, amin.

Aku menulis untuk diri sendiri. Jadi harapnya dapat lah aku menulis selalu.

K bye.

Thursday, January 28, 2016

Peratus

Hari ni suami balik kampung. Ambik cuti katanya esok dan lusa.

Tunggu beliau balik dari masjid dah 9.30 malam. Sekali bateri henpon tinggal 10%. Tak dapat call katanya. Henpon tak masuk cas. Henpon hanya masuk cas bila dioffkan je.

Maka yang mampu hanya lah wassap. Bila dah tinggal 3%, aku cakap cas je lah henpon. Nanti nak buat alarm. Kena ada bateri sikit2 sebelum tido.

Jadi berhentilah kami wassap.

Komunikasi PJJ juga ditentukan oleh jumlah peratus bateri henpon semasa. Hehs.

Sungguh demi Allah, aku rindu.

Monday, January 4, 2016

Rutin

Sejak hari pertama di sini, pada Sabtu lalu, aku realize aku jadi blur. Rutin berubah. Banyak benda aku rasa awkward.
Aku rasa aneh bila guna kuali umah ni, sebab masa cuti hari tu, selama sebulan lebih, hampir seeeeetiap hari aku masak, kecuali ada time aku balik Besut, tak masak la kan. Tapi kalau duk ngan suami, insyaAllah hampir setiap hari aku masak. Jadi setiap hari aku ngadap kuali sama, dapur gas yang sama. Semalam bila nak goreng telur, aku jadi blur tengok kuali umah ni. Eh lain betul designnya haha. Sama la jugak bila aku buka dapur gas, lain api yang keluar. Err I mean tahap kebesaran api tu. Jenguk2 kat bawah nak tengok api besar ke kecik. Masa dengan suami, tau dah kat mana nak pulas bagi api besar atau api kecik. Kadang2 tak payah tengok pun terus pulas2 dah tau api besar ke kecik hihi.
Masa kami PJJ, kami akan wish 'good morning' setiap. So pagi Ahad tu, suami aku hantar wassap pagi2 cakap 'good morning'. Aku pun macam ha ah laa baru teringat rutin PJJ ni. Kami akan berlumba wish 'good morning'. See aku lupa huu.
Dan betapa aku berat hati nak balik ke sekolahnyeeeee, aku lupa nama kerani sekolah, padahal last year kami selalu bersembang sama. Aku lupa perkataan 'mounting board'. Aku lupa nama anak murid aku. Entah apa lagi aku lupa huu.
Aku juga rasa awkward dengan kereta aku. Aku rasa macam dah lain kereta tu. Entah lah. Sindrom apakah ini? Nak kata sindrom PJJ, last year tak teruk macam ni huhu.
Entah lah. Ok lah nak update e-operasi pulak. K bye.
Nah gambar kawen ada orang request haha. Dah setahun lebih dah kawen cik kak:p