Saturday, December 4, 2010

permainan kecil untuk tunjang kecergasan-tindakbalas

Ini adalah contoh permainan kecil untuk tunjang kecergasan - tindakbalas

Belalang-Belatuk

Bahagikan murid-murid kepada dua kumpulan. Satu untuk kumpulan 'belalang', satu lagi untuk kumpulan 'belatuk'. Susun dua kumpulan ini berbaris sambil menghadap, pisahkan ruang di tengah-tengah mereka dengan dua utas tali.

Lukisan matur bakal guru PJ, sobsob

Apabila guru menyebut 'belalang', kumpulan 'belalang' akan mengejar kumpulan 'belatuk'. 'Belalang' kena tangkap mana-mana ahli 'belatuk' sebelum mereka melepasi garisan merah kat belakang tu. Begitu juga sebaliknya. Kalau guru sebut 'belatuk', kumpulan 'belatuk' akan lari mengejar kumpulan 'belalang' dan mesti menangkap ahli 'belalang' sebelum mereka sempat melintasi garisan merah di belakang tu.

Markah dikira berdasarkan berapa orang yang dapat ditangkap dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan mana yang dapat menangkap banyak musuh, yang itu dikira pemenang.

End of the game.

4 comments:

najmaiswondering said...

uiks.. nape tiba2 buat entry pasal mini game ni???

nUr said...

haha, ntah, tetibe teringat semalam time bukak blog, tatau knape. saje nak buat notes kat sini, game ni macam best;D

MaN of MaN said...

thnx entry ni bergune btol.....sejam mencari kat google cari permainan ni...tibe2 je dpt assignment tajuk ni....thnx a lot....

nUr said...

You are welcome, glad that this entry helps you:)