Friday, July 16, 2010

permainan kecil

Ini adalah catatan kecil seorang bakal guru yang bakal menjadi guru, ameen;p

Rabu lepas waktu Pendidikan Jasmani (actually paper tu nama lain, tapi ringkasnya PJ aja lah), kami telah belajar beberapa permainan kecil yang melibatkan elemen ketangkasan. Sangat memenatkan sampai aku dahaga satu hari, petang tak boleh tido tapi sakit kepala, malamnya pukul9 mata dah mengantuk, dan untuk 2-3 hari, otot otot kaki sakit amat sampai nak naik tangga ke kelas pun terpaksa berpimpin dengan tangan.

Salahkan cik lecturer yang comel sebab dia tak bagi arahan nak warm-up before start;p Tapi ops, salahkan aku jugak sebab masa senaman pagi time assembly before masuk kelas PJ pagi tu, aku buat dengan tidak bersungguh-sungguh. Actually itu adalah warm-up jugak.

Pirates of Carribean
Permainan ini memerlukan : murid-murid yang dibahagikan kepada satu kumpulan yang terdiri daripada dua orang murid, satu gelung rotan (atau sekarang ni sekolah dah pakai gelung plastik yang berwarna-warni, eheh), dan enam biji bola kecil yang comel.
Cara bermain : Permainan ini memerlukan seorang murid menjadi lanun, dan seorang lagi menjadi penjaga. Bola kecil diletakkan di dalam gelung di atas padang, then si lanun perlu pergi 'mencuri' bola kecil daripada penjaga lain, manakala penjaga pula perlu menjaga bola itu dengan apa cara sekalipun daripada dicuri oleh si lanun. Guru boleh buat rules, contohnya hari tu lecturer bagi peraturan takleh masukkan badan ke dalam kawasan gelung dan bola tidak boleh dikeluarkan dari kawasan gelung. Tapi kami men, badan dah masuk dalam gelung sebab semua penjaga pakai men peluk bola, haha.
Pemenang : sampai satu masa yang ditetapkan (5minit ke), guru tiup wisel and kira bilangan bola yang ada dalam kawasan gelung masing-masing. Yang paling banyak, kira menang la.

Lombong Emas
Keperluan permainan : kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang setiap kumpulan ada dalam 4-5 orang murid. Setiap kumpulan diberi gelung. Bola-bola kecil dan pundi-pundi kacang yang banyak diletakkan di dalam satu gelung rotan dan kedudukannya di tengah-tengah bulatan yang dibentuk oleh kumpulan-kumpulan tersebut.
Cara bermain : Setiap kumpulan beratur, gelung rotan diletakkan di hadapan barisan kumpulan tu. Seperti yang diberitahu tadi, setiap barisan kumpulan membentuk bulatan dan di tengah-tengahnya diletakkan bola-bola kecil dan pundi-pundi kacang tadi (dipanggil lombong emas). Apabila wisel ditiup, setiap seorang daripada kumpulan itu berlari ke arah lombong emas dan mengambil satu sahaja daripada bola atau pundi kacang itu (dipanggil emas). Kemudian letakkan emas itu ke dalam gelung kumpulan masing-masing. Seterusnya ahli kedua pula berlari ke arah lombong emas dan begitulah seterusnya.
Pemenang : Apabila masa bermain tamat, kumpulan yang mempunyai emas paling banyak dikira sebagai pemenang.

Takde gambar. Ni antara dua games yang kami main hari tu. Yang lain tu tak reti nak explain. Hari tu kami main sampai lima permainan, ke enam ntah. Semuanya melibatkan elemen ketangkasan dan semua kena berlari, huhu.

Lain-lain permainan yang kami main ialah permainan yang memerlukan dua kumpulan, satu kumpulan membentuk bulatan, satu lagi membentuk barisan panjang. Apabila permainan dimulakan, setiap pemain dalam kumpulan tu harus berlari mengelilingi kumpulan masing-masing dan bersilih ganti dengan ahli yang di tepinya sehinggalah semuanya habis berlari. Mana kumpulan yang semua ahli kumpulannya habis berlari dulu, yang tu dikira menang. Masa kami main hari tu, kumpulan bulatan yang menang. Tapi tu dah termasuk tricks menipu la masa main kan, hehe;p Cikgu kena la alert dengan tricks murid, and boleh buat rules sendiri untuk buat game tu lebih mencabar;)

Pastu ada lagi game yang memerlukan tali diikat dan diletakkan dalam poket seluar masing-masing. Setiap orang perlu merampas tali tersebut daripada seluar orang lain tetapi pada masa yang sama, perlu menjaga talinya sendiri. Yang ni memang mencabar sangat bagi aku. Lagi satu, warning students dulu, game ni boleh menyebabkan poket sekuar terkoyak;p So main dengan hati-hati, jangan letak dalam poket sangat sampai mendesak orang nak tarik kasar, menyebabkan poket seluar koyak.

Lagi satu game, namanya Jangan Jadi Orang Ketiga;p Game ni ade rules dia, tapi aku cakap secara ringkas je. Bahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang ada 2 orang setiap satu. Semua kumpulan berdiri di dalam gelung yang berselerak di dalam kawasan permainan. Permainan dimulakan dengan dua orang murid di yang takde gelung. Undi la cemanapun, sorang kena kejar, dan sorang dikejar. Bila yang dikejar tu masuk ke dalam gelung, sorang dalam gelung tu kena keluar dan dikejar la oleh orang yang mengejar (sebab tu nama game ni jangan jadi orang ketiga). Kalo orang yang dikejar tu dapat disentuh oleh orang yang mengejar, maka giliran dia pulak kena jadi orang mengejar. Kira game ni takde pemenang la kot. Bila masa dah tamat, berhenti je lah. Jangan lama-lama main, pengsan murid nanti;p As usual, buat peraturan untuk memudahkan permainan dan lebih mencabar, okey;)

Aku paling suka game Pirates of Carribean, taktau la kenapa, maybe sebab seronok kot berebut bola dengan penjaga, haha;p Masa aku jadi penjaga plak, bila orang datang je aku tutup bola dengan tapak tangan aku and jerit 'taknak taknak, jangan amik jangan amik!' Dua orang surender takdapat amik bola daripada aku dan blah;p

Since kami bebudak puluhan tahun ni pun enjoy main, I think budak belasan tahun (sekolah menengah) mesti enjoy jugak nieyh, InsyaAllah;) Di sini aku ingin betulkan persepsi sesetengah orang yang mana subjek Pendidikan Jasmani ni bukan semata-mata subjek suka-suka, bagi bola kat murid then main sendiri la apa, just gelek-gelek pinggang dalam gelung rotan ke, tidak tidak hocey. Sebenarnya banyak eleman dan nilai yang dapat diterapkan dalam subjek ni. Cuma kadang-kadang ada guru malas, masa PJ dia bagi je murid main apa-apa. Dulu aku pun fikir macam ni jugak sebab ada time sesetengah cikgu macam buat masa PJ ni untuk kami fikir sendiri nak buat apa. Tapi now aku dah tahu PJ itu macam-macam.

Lain entri permainan kecil, ada di sini.

I love PJ
:)

0 comments: